Biodata Sireh

Nama: Anuar Hassan

Nama Pena: Sireh

Tarikh lahir: 26 Jun 19… dot…dot…dot

Tempat lahir: 

Menurut kisah yg diceritakan, beliau lahir di dalam sebuah van ambulan yang sedang memecut laju menuju ke Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor, di suatu malam yang penuh pancaroba…

Karya:
Setan JR (Humor 1990), Ayub Setan, Sate Gagak (Gila-Gila 1990-91), Lawak Antarabangsa (Majalah Ujang 1994), Lawak Student (Majalah Ujang 1994), Loving Couple (Majalah Ujang dan APO? 1997-1998), Cinta Gadis Bunian (APO? 1998-2000), Student Life (APO? 2000-2005), Life Journey (APO? 2005-2015) dan Life Sketza (Malay Mail Columnist 2014).

Pengalaman berkarya:
Karya pertama beliau diterbitkan oleh Majalah Gila-Gila pada tahun 1987 (setelah direjek berkali-kali) iaitu ruangan Senyum Pelajar kelolaan Allahyarham Pak Jab… ( Sesiapa yang terjumpa kartun tersebut Sireh nak belanja Buku Jenama-X senaskah, kisah tentang dua orang sampah masyarakat…serius ni)

Pada tahun 1990, sementara menunggu keputusan SPM diumumkan, beliau berulang-alik setiap hari ke ofis GG belajar melukis dengan Kartunis Ujang, Aman, Cikli, Roslim, Kulat, Aza, Boy PJ, Cabai, Roy, Rodin, Deen dan ramai lagi. Pada hujung minggu pula beliau gemar melepak di rumah sewa Cik Li dan Roslim di Bangsar untuk turut serta menghabiskan beras dan nasik di rumah mereka.

Pada tahun 1991, beliau telah berjaya melanjutkan pelajaran di ITM Shah Alam (sekarang UiTM) di dalam bidang Fine Arts. Namun begitu, beliau masih tetap setia dengan hobi beliau iaitu menghabiskan beras di rumah sewa CikLi dan Roslim jika ada kelapangan di hujung minggu kerana tambang Bas Sri Jaya dari ITM Shah Alam ke Bangsar waktu itu cuma lapan posen sahaja…

Pada tahun 1993, Sireh telah berjaya melanjutkan pelajarannya di New Zealand di dalam bidang Computer Graphic Design (Time Base Media). Berita ini disambut gembira oleh rakan kartunis-kartunisnya di Bangsar pada zaman itu. Maka, dapatlah mereka menjimatkan beras di rumah sewa mereka selama beberapa tahun sepeninggalannya…

Setelah menamatkan pengajian… beliau telah bekerja sebagai… ehhh… rasa macam dah melalut dah ni… errr… straight to the point aje lah… karya beliau yang pertama terbit tahun 1987, sekarang dah tahun 2016… maknanya Sireh sudah ada pengalaman hampir 29 tahun berkarya… lama jugak tu…

Sekarang beliau bertugas sepenuh masa sebagai tenaga pengajar di Multimedia University Cyberjaya di dalam bidang Animasi dan VFX Design untuk menampung kos membeli beras buat keluarganya pula… Menurut beliau, kalau cuma mengharapkan duit hasil melukis kartun, mungkin keluarganya cuma mampu makan ubi kayu sahaja…

Inilah kehidupan…

Majalah/tempoh:

  • HUMOR 1990-1991
  • Gila-Gila 1991-1992
  • UJANG 1994-1998
  • APO? 1998-2015.

Email: cartoonist.sireh [at] gmail.com

Laman sosial:

  • FB: Sireh Cartoonist
  • Instagram: ada… tapi tak aktif