Biodata Aie

Dilahirkan di Kuala Lumpur pada Februari 1973. Dibesarkan di Segamat dan Kluang, Johor sebelum menamatkan tingkatan 5 dekat Kuantan, Pahang.

25 tahun melayankan sepak-terajang dunia kartun dan komik dengan memegang portfolio sebagai Kartunis, Ilustrator, Pelukis Komik, Pereka Grafik, Ketua Studio, Penolong Ketua Kartunis, Ketua Unit Ilustrasi dan Pengarah Seni di beberapa syarikat penerbitan tanahair yang menerbitkan majalah Jenakarama, Majalah Kartun Disney ‘Mickey” (edisi bahasa melayu),Ujang, Starz, Utopia, G3, Jom, Boboi dan Gila-Gila.

Karya yang terhasil disepanjang tempoh matang tesebut antaranya: Intan Syahidah, Koma, Abe, Toyon, Pak Andak, Aku Hidup Dalam Blues, Blues Untuk Aku, Love Ville, Whorld, Die-Cut, Bleed-Off, Porto Malai, Boboirian, Fast-Cut, Bear Dan Bob, Sulaiman Dan Balqis serta rantaian komik Aku Dan Sesuatu.

Sejak 10 tahun kebelakangan, menambah pengalaman dalam bidang animasi  juga sebagai Pengarah Seni, bagi projek usaha-sama Malaysia, Australia dan Amerika Syarikat. Antara projek: Sumo-Mouse, Flea-Bitten, Shezow dan KuuKuu Harajuku yang diinspirasikan daripada karekter penyanyi wanita tersohor dunia, Gwen Stefani.

Pada 2014 lalu, beliau mendapat perakuan dan telah didaftarkan sebagai Pakar Industri Negara (PIND) untuk sektor: Teknologi Maklumat & Komunikasi, subsektor: Multimedia daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia, Malaysia.

fb/ig: aie.sulong     e-mail: fantaiesia [at] gmail.com